Raqsha Jr. Journey

The highest respect goes to all mommies, especially my mom, my mother in law, semua ibu yg telah berjaya membesarkan anak-anak dengan baik, yang sedang pregnant, atau yang sedang membesarkan anak atau yang sedang berjuang dalam kedua-dua fasa --- hamil sambil membesarkan anak. You are my ultimate inspiration! You deserve the highest Jannah. Amin *hugs and kisses*

Kepada yang masih setia menanti kehadiran cahaya mata, I pray that your turn will come real soon. Semoga kita dikurniakan zuriat keturunan yang baik, soleh solehah, sempurna kejadiannya, yang bermanfaat kepada ibu bapa, ummah dan agama. Amin amin amin

Fikir punya fikir, I decided to share my journey here, on my blog sebab sini takde word limit and I can simply update the entry from time to time. Takdelah susah orang nak cari part 1 part 2 part 3, sebab semua ada dalam satu post yg sama. All you need to do is to check whether it is already updated or not. Itu je. But inshaAllah I will also notify all of you via my updates on instagram. I dont mean to brag wallahi. Saya sentiasa dalam mode berjaga-jaga. I choose what to share what to keep. I'll try my best to make it as genuine as I can. Im going to write what is me. Let me be me. My nawaitu cuma satu, berharap dalam perkongsian sederhana ini ada sedikit kebaikan yang boleh dikongsikan. Above all, what I actually hope for is to learn something from the experts and more experienced mommies. Setiap orang ada journey yang berbeza, and this is just my very humble journey. Boleh jd e-diari bila anak dah besar nanti. Kebanyakkan isi perkongsian saya adalah #throwback story. Saya dah pun melepasi fasa kehamilan tertentu but I still have a long way to go and I dont know what is coming in the future. Please please please make du'a for me and my baby. May Allah  give us the best protection. Amin. Thank you so much.

So lets get started. Bismillahirrahmanirrahim.
These are what I shared on my instagram recently;






••••


Pagi yang sehari selepas missed period tu, semangat nak buat test, tapi ada darah pulak! Dan darah tu berlanjutan sampai ke tengah hari. Campuran old blood dengan fresh blood. Tapi sebabkan dah beli UPT, and walaupun tahu result mestilah negatif, saja nak buat test jugak. Tengah hari tu jugak Tasha buat test. Naik satu line. As expected lah kan. Terus bagi dekat Raqib. Explain la macam mana cara baca sebab Raqib baru first time tengok UPT tu, sebab sebelum ni Tasha buat sorang dekat rumah sewa. 

"Yang, ni ada satu lagi line ni!", Raqib ckp. Tasha pun "Ha? Mana ada. Tu bayang2 je tu. Tak mungkin pregnant, saya kan period". Taknak letak harapan lagi. Tapi dalam kepala macam berfikir-fikir juga apakah petanda ini? Sebab sebenarnya memang nampak satu line lg yang tersangatlah samar . Hati pun macam rasa sesuatu tapi diamkan je. UPT tu Tasha simpan. Apa yang Tasha buat adalah tunggu sampai petang, dan malam, adakah darah masih berterusan keluar. Suprisingly, lewat ptg tu darah makin sikit, malam dah tak ada. So, cuba teka apa Tasha buat? Of course lah beli UPT lagi 🤣


The next day dekat Melaka, bangun awal pagi, buat test dekat rumah sewa. Dua line. Masih kabur, tapi line tu lebih pekat daripada yang semalam. Terus whatsapp kaklong @kai_armd tanya apa nak buat ni. Kaklong kata masih samar sgt mungkin hormon tu baru nak develop, tunggu dua tiga hari, dan buat test lagi utk dapatkan result yg lebih jelas. Tapi kaklong pesan jaga diri jangan lasak2. Okay thank you kaklong! Tapi sebagai orang yang tak boleh sabar, of course Tasha tak tunggu 2 3 hari 😂 Tasha beli UPT lagi untuk test setiap hari, dan compare kepekatan line tu. Sebab Tasha ada baca, ada orang yang line dia makin lama makin kabur, then rupanya miscarriage. Since Tasha ada bleeding semalamnya tu jadi macam risaulah sikit kan.  So Tasha pun nak monitor lah kepekatan warna line tu. Wah mcm arif sgt! Haha So Tasha buat test selama 5 hari berturut-turut. Ya! 5 hari berturut-turut! Gigih! Dan setiap hari bila nampak  line tu makin pekat, Tasha lega. Tasha tak bagitahu Raqib. Sampailah Tasha jumpa Raqib hujung minggu tu. Tasha simpan semua UPT tu, siap dengan date semua. Nak tunjuk dekat dia. 

Dipendekkan cerita, masa tu dekat rumah, hari Ahad, dalam bilik, Tasha suruh Raqib duduk, and the moment Tasha tunjuk UPT double line tu dekat Raqib, dia terus --- "Sayang!" dan tiba-tiba Raqib menangis, lalu kami laki bini pun menangis bersama-sama :'D  I asked him why did he cry --- "sbb sy sgt syukur, saya happy sgt, tapi dalam masa yang sama saya takut, takut tak mampu pikul tanggungjawab jadi ayah yang terbaik. Tapi saya yakin Allah mesti bantu sbb Dia yang bagi rezeki ni". The moment Tasha dengar jawapan dia, I knew he's already the best daddy dunia akhirat inshaAllah Amin amin amin


Sebagai seorang yang tak paham-paham bahasa (😂), of course Tasha tak puas hati selagi tak scan! So Raqib pun aturkan appoinment dengan Megaklinik Zahran sebab Tasha selesa dengan environment, staffs and doctors dekat situ. Rasa mcm nk dtg hari-hari pulak 😂 Lagipun jangan taktahu tau, dekat situ memang ada servis untuk pregnant mommies. Check up ke scan ke, semua ada. Tu yang Tasha yakin nak teruskan check up semua dekat sana. The next day, kebetulan sekolah mmg cuti peristiwa, terus pergi MegaKlinik Zahran... Dan dapat news yang mengejutkan!


****


Masuk-masuk je bilik doktor, doktor tanya, "Macam mana? Dah check?". hahaha yela daripada demam dulu kita jumpa dia kan. Alhamdulillah, dua line. Doktor pun reconfirm tarikh last period, dia kira-kira, terus doktor suruh baring untuk scan. Berdebar sangat! (Aku bila je tak berdebar haha) Sebab ada je kes yang double line tapi bila scan takde apa-apa. Cuma sebelum scan doktor ada pesan siap-siap, kadang-kadang very early pregnancy bila scan tak nampak apa-apa, atau nampak kantung je. So atleast macam dah mentally ready. Godek punya godek (lama la sikit nak cari tu sebab lemak tebal haha)....."Ha tu!" Serentak tauuuu, doktor, Tasha dengan Raqib. Happynya masyaAllah walaupun nampak kantung je time tu. Tapi tiba-tiba doktor macam lain. "Hmmmm ni kantung dia, tapi saya tengok dekat sini macam ada cyst".  Berderau darah time tu! Of course Raqib terpinga-pinga tak faham. Doktor pun start explain satu per satu and dia minta Tasha rujuk pakar. Doktor pun keluarkan report dengan surat and kitorang terus buat appointment dengan pakar dekat Pusat Rawatan Islam Azzahra. Masa check up tu doktor bagi Folic Acid and Duphaston (ubat kuat rahim) sebab Tasha ada bleeding/spotting yang agak kerap. Kalau dalam bahasa perubatan they called it as threatened miscarriage. So Duphaston tu untuk kuatkan rahim dan kurangkan risiko keguguran. Folic Acid ramai tahu untuk apa kan. Basically untuk pembentukan tulang ke saraf baby lebih kurang macamtu lah. Ni memang tak boleh skip langsung. Setiap hari mesti makan. Penting sgt utk baby. Masa tasha buat HIV test sebelum kahwin dulu, doktor mmg dah advice untuk makan Folic Acid 3 months before kahwin.



Ok to cut it short, bila jumpa pakar, pakar scan lagi sekali tapi ikut 'jalan' lain pulak. Katanya better and clearer. Menurut apa yang pakar bagitahu masa tu cyst ni memang normal kadang2 time mengandung dia ada, sebab hormon kan. Kalau dia tak aktif, dia akan mengecut atau hilang sendiri and inshaAllah takde mudarat kepada ibu atau baby. Tapi kalau dia membesar sama-sama dengan baby and cyst tu aktif, itu berisiko dan kena buat sesuatu. So pakar nak monitor saiz cyst tu dulu and bagi date baru untuk follow up. Pakar pesan makan ubat yang Megaklinik Zahran bagi tu (Folic Acid dan Duphaston), jangan makan nenas, makanan mentah, and makesure makanan bersih. Lepastu jangan lasak-lasak. Okay settle. Oh ya, pakar ada tanya,

"Ada muntah-muntah tak? Loya ke?"
"Hmm sebu je selalu, doktor. Muntah loya takde pulak."
"Bukan takde, belum lagi tu". Siap dengan senyuman sinis ya hahaha

Tapi dia kata, orang lain-lain, ada orang tak muntah awal, dia muntah masa tengah, ada yang hujung, ada yang sepanjang pregnancy, ada yg tak muntah langsung. Jadi doktor pesan itu semua bahagian masing-masing yang ibu mengandung je dapat rasa nikmatnya. Jadi kena kuatkan semangat, doa Allah mudahkan.

Tasha dengan Raqib pun balik dengan rasa syukur dalam masa yang sama risau pasal cyst tu. Excited juga sebab first time scan pastu nampak apa dalam rahim, siap boleh print and simpan. Bila tengok tu rasa kagum dengan kekuasaan Allah. Satu, dengan kuasa Allah boleh ada baby dalam rahim. Kedua, dengan kuasa Allah jugalah manusia boleh cipta teknologi canggih untuk parents tengok pembentukan janin ---> baby dalam perut. 2D ada 3D ada 4D ada 5D pun ada! SubhanAllah.

                                                       ••••

Hi. Baru sempat nak sambung. 
Tapi Tasha pendekkan jelah sebab nak masuk bab lain pulak hehe
Masa follow up dengan pakar, result menunjukkan Alhamdulillah cyst dah takde, fybroid ke apa semua pun takde. And the best part was! Dari nampak kantung yang kecil dan kosong, masa tu dah nampak 'alaqah! Dan ditengah-tengah doktor tunjuk berkedip-kedip. Rupanya tu heartbeat baby masyaAllah subhanAllah! 


Comments

  1. Sy dulu 2minggu sblum raya duk cramps perut hari².. then malam raya migrain teruk.. adik usik suami kata sy ngandung.. masa tu sminggu lg br due date period. Balik kampung suami kat tganu, makin teruk.. sakit kpala, loya, penat semua mai.. suami kata, "awk ngandung ni". Sy plak takut nk expect lebih², so sy tmggu smpai missed period. Hari supposed missed tu xmau excited lg. Balik sabah dulu br nk beli upt. 2nd day missed period, g guardian ngan suami beli upt. Excited nk try. Suami kata ptg la, masa dia nk balik tmpt keja. Sy nk try tghari tu jgak. Test upt, naik 2 line terang sgt xsmpai 5saat. Brlari kluar toilet tnjuk kat suami, alhamdulillah xlekang dibibir. Skrg ni tgh 30weeks of pregnancy. Alhamdulillah syukurrr..

    ReplyDelete
  2. Hi Tasha..cuma nak sharing..please drink lots of water yah when consuming Duphaston. Doctor advise minum air banyak2 tapi saya degil �� jadi side effect dia is acne (for me) and bukan acne biasa eh, dia besar2..sakit skali..huhu..Jadi please, I tanak u kene mcm i, drink lots of water ok ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaaaa thank you so much for the info! I will. Thanksssss

      Delete
  3. Bila saya baca...tetiba tersenyum sendiri..��. rasa sama apa yg saya rasa 1st sekali mase tau pregnant..cerita dia mcm ni..tapi agak panjang..tunggang terbalik ��.kebetulan haritu saya puasa..badan 2,3 hari mmg rasa nak demam..perut pun ada rasa cramp ..tpi tak pk apa2 sbb kebiasaan sebelum period ada rasa nk demam bagai..tapi bila pikir kali ni betul2 rasa lain sebab selalunya 2 minggu nk period mai la rasa nk demam mood swing..breast cramp..kali ni dalam beberapa hari nk smpai tarikh period baru ada rasa semua tu..and badan pun rasa lain maciamm dah..siap pak mertua cakap “tak mai dah la period tu”..elok lepas buka puasa..husband beli upt cek..sambil dupdap2 dalam hati ni..shaking nk tgk result sbb mmg kami dua tunggu kehadiran dia..tgk2 alhamdulillah naik dua line n agak terang..saya masuk bilik menagis..suami tnya kenapa..sb sblum ni tiap2 bulan sye cek upt n result (-)..mesti sedih..kali ni saye peluk suami kuat2 n sye ckp sye pregnant..n tunjuk upt dekat dia..n lastly dia pun menagis ��.. masing2 menunggu walaupun baru nikah dalam 10 bulan..tapi rasaaa lamaa sngt...g checkup klinik and result pun sama still 2 line..doktor pesan seeloknya buat scan masa 8 minggu @10minggu baru nmpak..dan dia pesan make sure pundi kencing penuh masa nk scan..tapi xsabar sikit perangai..masa kandungan 6 minggu lebih g buat scan n alhamdulillah nampak kantung.. n lama sikit doktor dok godek kt perut..n nmpak si dia..��.. n doc bg dengar degupan jantung dia..allah masa tu xtau nak cakap perasaan mcm mana...alhamdulillah sekarang kandungan dh masuk 9 minggu..��..

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum kak Tasha, tersenyum saya baca �� teringat masa awl2 dpt tahu prgnant dlu.. hehe btw sy dlu sma kes mcm kak Tasha, happy sgt bila scan nmpk kntung n jntung baby tp happy tu bertukar jd krisauan n sdih bila doc scan ada 3bji cyst hmm �� .. tp alhamdulillah da mmg rzeki tu Allah nak bagi kan.. evrythg semua nya ok bila doc mnitor saiz cyst tu evry month smpai 9bulan.. * sy amalkan minyk zaitun + pati delima untk cntrol cyst tu atas pglman org lain juga sy ikut , mula nya takut tp sbab kn itu hnya mknan sunnah so why not sy cuba utk ikhtiar demi baby, Alhamdulillah sgt dgn izin Allah semua ok smpai brsalin dgn amalkn 2 mkann tu* spanjang prgnant pnuh dgn rsauan dkat baby dlm kndugan dsbb kan cyst tu lagi2 kne jaga diri sndri sb my husband offhore so dia kan balik stiap 6bulan skali.. prasaan time prgnant tu hnya Allah je yang tahu sb tpkse lalui tnpa suami.. syukur, Allah permudahkan segalanya smpai baby dlver.. now my baby girl da 8month �� .. saya doakn kak Tasha juga akn kuat demi baby,jaga diri sebaik nya ��

    ReplyDelete
  5. Masa tasha jumpa doktor utk scan (lepas da buat UPT test bagai tu) masa tu da berapa minggu ya? Pernah keguguran sekali. Masa first pregnancy tu, scan dalam 4 weeks lebih, doktor tak nampak apa lagi. Sekarang pun pregnant dalam 4 weeks nak masuk 5 weeks, tapi risau nak pegi scan. Risau nak dengar jawapan mcm pregnancy yang first. Nanti fikiran jadi negatif. ��

    ReplyDelete
  6. Salam Tasha,
    Alhamdulillah dan tahniah utk Tasha dan suami. Semoga dipermudahkan segala urusan Tasha. Sy pn pernah mengalami perkara yg lebih kurang sama dgn Tasha di awal pregnancy. Ada spotting disebabkan implantation bleeding dan diuji juga dengan bleeding selepas beberapa minggu n doktor prescribed duphaston. Beberapa bulan lepas tu juga masa scan doktor kata ada fibroid. Sy masa tu dh risau n takut n doktor refer ke pakar. Alhamdulillah lepas doktor pakar check semua alhamdulillah fibroid tu dh takde n dia kata benda2 mcm ni boleh mengecut unless dia terus berkembang doktor akan buat sesuatu dgn sy. Pengalaman kita lebih kurang sama. Sy doakan Tasha n kandungan sentiasa sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan.

    Sy ditakdirkan bersalin premature masa tu and baby sy tak dpt survive lama. Semoga Tasha sentiasa sihat dan didoakan yg terbaik utk Tasha sekeluarga. Amin

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tasha..tahniah utk tasha & suami..akak pun Allah baru dapat tahu prgnt 5w5d..mcm tasha jgk..2 hari ni kerap keluar spotting brown + red..dctr bg duphaston utk kuatkan rahim..so far lps tasha mkn duphaston, masih keluar spotting lg tak atau alhamdulillah tak ada lg dh?
    Harap kandungan kita semua yg sedang hamil Allah jaga sehingga selesai proses melahirkan serta lahir zuriat yg sihat soleh/solehah...Aaaminn YRA ��

    ReplyDelete
  8. Banyakkan sabar. Terima kasih atas perkongsian tasha. Salam dari kak nad.
    Miss-nadya.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suamiku

Part 5

Ujian atau Petunjuk