Ujian atau Petunjuk

Malam itu antara malam paling emosi. Malam penuh kecelaruan. Malam sarat pengharapan. Ingat lagi, masa itu aku sedang bermusafir, hari Ahad, dari Putrajaya ke Melaka. Mengadu bersungguh-sungguh sampai bengkak-bengkak mata. Sorang-sorang dalam kereta, tak adalah malu  sangat muka. Paling-paling pun orang kiri kanan pandang, tapi pandai-pandailah cover. 😂

Malam itu memang aku runsing. Resah entah apa-apa. Nak dicerita taktahu pada siapa. Jadi aku tak tunggu lama, aku sambungkan 'talian' dengan yang 24 jam sedia dengar keluhan kita;  Tuhan Maha Esa. Taktahu nak mula dari mana. Tapi aku gagahkan jua...

"Ya Allah.......". Pecah. Allah. Lama aku tak panggil nama itu. Berderai. Malu bila keliru macam ini baru ingat Tuhan, tahu pula minta bantuan. Banyak kali aku minta ampun sebelum aku sambung cerita tentang harapan dan kebimbangan. Berulang kali  juga aku mengaku lupa diri, tapi "tidak lagi mulai hari ini", aku janji.


Ya Allah, I think I'm falling in love...
and this scares me.
Siapa dia ni?
Effortlessly berpasak di hati
Ini ujian atau petunjuk, Ya Illahi?

Ya Allah, apakah ini ujian
untuk menghanyutkan?
atau cubaan untuk menenggelamkan?
buangkan
padamkan
jika perasaan ini bertuhankan syaitan
hilangkan sebelum lebih besar harapan

Ya Allah, jika ini sebenarnya adalah petunjukMu
bukti besarnya kekuasaanMu
kasihnya Engkau pada aku
 izinkan kami bersatu
hanya jika memang namanya kau tulis 
sebagai suamiku 
yang akan mencintai aku keranaMu tanpa jemu
izinkan kami bersama
hanya jika ikatan pernikahan adalah jambatan kami ke syurga

Ya Allah...
Kau Maha Mengetahui
I think I'm falling in love and this scares me.
Help.


Satu jam empat puluh lima minit perjalanan aku ulangkan benda sama, dari Putrajaya sampai rumah sewa di Melaka. Banjir dengan airmata. Takut dan berharap seakan sebati sampai taktahu mana satu yang lebih dominan. Terhimpit antara yang dikatakan ujian atau petunjuk. Belum pernah aku alami perasaan yang sebegini mengelirukan seumur hidup aku. Raqib datang pada waktu aku langsung tak bersedia; waktu aku terlalu cinta pada dunia. Macam mana dia boleh ajarkan aku untuk lihat dunia dari sisi berbeza dalam sekelip mata? Gila ke apa. Aku jahil, tapi aku tidak menolak kenyataan yang memang Allah saja yang ada jawapan. Jadi, aku luah habis-habis, aku serah bulat-bulat pada Allah untuk aturkan. Lega. Apa nak jadi lepastu jadilah. Jodoh ni kerja Tuhan. Kita jangan ambil alih tugas Dia. Aku dah sedia untuk terima. Sebab aku yakin, kalau tak jadi, Allah ada hadiah lain yang tak disangka-sangka. 



Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun menghitung hari, aku temui jawapan pada 8 September, kurang lebih jam 9.56 pagi, saat Raqib menggenggam erat tangan ayah mengambil alih tugas menjaga aku dan sudi menjadikan aku isteri. Aku nikmati setiap detik sambil dalam hati "Ya Allah, inilah yang kita bualkan malam itu". Syukur kerana Raqib bukan pilihan aku tapi pilihan Tuhan untuk aku.


Pengalaman ini sedarkan aku tentang betapa pentingnya bersungguh-sungguh dalam berdoa. Yakin that Allah is always listening. We just have to be patient and have faith. Kena sedar kita memang tak ada daya, kita bergantung sepenuhnya pada Dia. Kata ustazah, Allah definitely will answer our prayes dalam 3 cara;
  1. "Yes"
  2. "No, sebab benda/orang tu memudaratkan ATAU ada yang lebih baik Aku nak hadiahkan" - jadi Allah akan hantar macam-macam cara untuk menyelamatkan.
  3. "Yes but not yet." (Pasti dapat, but not now. Sabar sikit lagi. Kalau tak dapat dekat dunia, Allah simpan dekat akhirat)

Pernikahan ini rezeki, dan ia juga adalah untuk menguji. Lain pula ujian selepas ni. Tapi Alhamdulillah dah lepas fasa "belum tentu jadi". Tiada jaminan kekal, sebab itu tak boleh putus doa dan usaha buat bekal. Selalu dapat soalan "Tasha, macam mana nak tahu kalau he's one?" Jawapannya adalah kita takkan tahu. Kalau pun kita tahu dengan siapa, kita takkan tahu sampai bila. Sebab yang satu dan yang kekal cuma Dia, our Creator. Semua benda kita pinjam je. Doalah supaya Allah sudi beri pinjam lama.

Do not underestimate the power of du'a. Doa adalah senjata kita. Siapa pun kita, doa. Benda besar ke benda remeh ke, doa. Apa pun keadaan kita, doa. Bila-bila masa pun, doa. Minta Allah bagi kita kefahaman. Allah dengar. Baiki semula 'connection' dengan Allah. Sanggup susah payah upgrade tukar pelan internet bagai sebab nak yang GBnya lebih besar dan laju, patut dengan Allah lebih lagi. Benda tak payah bayar kot. FREE.







Apa kita ada hari ini bukan kerana doa dan usaha kita semata-mata, tapi kerana izinNya dan doa orang-orang lain terutamanya IBU BAPA. Doa dan restu mereka sangat sakti. Terima kasih ayah mummy, papa umi. Sampai bila-bila pun takkan terganti.



* Give up in making du'as? Go back and read the paragraph in blue.


If you guys have time, jemputlah dengar "doa ibu bapa" suami kita ni hehehe. Sambil-sambil boleh doakan ibu bapa kita sekali.

Comments

  1. akak, sebelum 2 tahun tu. abang raqib confess akak ke?

    ReplyDelete
  2. Sangat menyentuh jiwa ! Love it 😭💞💞

    ReplyDelete
  3. Love....tersentuh bila baca..

    ReplyDelete
  4. Deep baca storyy ni. 😘😘

    ReplyDelete
  5. i really wanna know how you get the answer that he is the one..? sbb sometimes hati ni confused..sbb kita mnyimpan rasa tapi org yg kita pandang x pndg kita pun..

    ReplyDelete
  6. Yup betul , bila doa sungguh2 memang ALLAH dgr . Rasa sedih teramat bila belum direzekikan pregnant dah setahun kawen , sedih sgt2 merintuh dalam doa . ALLAH bg pinjam 10 minggu . Moga ALLAH kembali mendengar rintihan utk dikurniakan zuriat , cpt atau lambat . Cuma kena berdoa dgn sesungguhnya dan sentiasa meletakkan pengharapan padaNya kerana Dia tahu yg terbaik utk kita .

    ReplyDelete
  7. Salam Tasha ... Dah lama sy xbaca Blog .. Skrg ni dah xramai public figure khususnya ,menulis di Blog spt 5/6 thun dlu like honeykoyuki (fatinliyana) ,peliks (maria elena), hanis zalikha. Tlg kembalikan zaman kegemilangan Blog spt dlu2.. Sy prefer baca di Blog berbanding di FB & IG..

    ReplyDelete
  8. Tersentuh bila baca story ni. Thanks akak Tasha sebab share ❤

    ReplyDelete
  9. Kak, kite baru je putus tunang, tapi kite tahu Allah dah rancang semua ni, lagi 2 bulan nak nikah, satu per satu kita nampak yang dia bukan jodoh kita, benarlah tempoh pertunangan ni hanya tempoh perkenalan. Kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita, kita kena terima dengan Redha. Bukan dengan mempersalahkan kehendak Allah. Semoga kita sama-sama berjumpa jodoh yang ditentukan.

    ReplyDelete
  10. Wahhh , thanks kak tasha sebab sudi share story kisah percintaan akak yang luar biasa.Mashaa Allah ,Best sangat2 and suka dengan setiap bait kata2 yang akak tulis ❤❤❤

    ReplyDelete
  11. tasha, mcm mna Raqib confess ? just nk thu =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suamiku

Raqsha Jr. Journey