Posts

Raqsha Jr. Journey

Image
The highest respect goes to all mommies, especially my mom, my mother in law, semua ibu yg telah berjaya membesarkan anak-anak dengan baik, yang sedang pregnant, atau yang sedang membesarkan anak atau yang sedang berjuang dalam kedua-dua fasa --- hamil sambil membesarkan anak. You are my ultimate inspiration! You deserve the highest Jannah. Amin *hugs and kisses* Kepada yang masih setia menanti kehadiran cahaya mata, I pray that your turn will come real soon. Semoga kita dikurniakan zuriat keturunan yang baik, soleh solehah, sempurna kejadiannya, yang bermanfaat kepada ibu bapa, ummah dan agama. Amin amin amin Fikir punya fikir, I decided to share my journey here, on my blog sebab sini takde word limit and I can simply update the entry from time to time. Takdelah susah orang nak cari part 1 part 2 part 3, sebab semua ada dalam satu post yg sama. All you need to do is to check whether it is already updated or not. Itu je. But inshaAllah I will also notify all of you vi...

Ujian atau Petunjuk

Image
Malam itu antara malam paling emosi. Malam penuh kecelaruan. Malam sarat pengharapan. Ingat lagi, masa itu aku sedang bermusafir, hari Ahad, dari Putrajaya ke Melaka. Mengadu bersungguh-sungguh sampai bengkak-bengkak mata. Sorang-sorang dalam kereta, tak adalah malu  sangat muka. Paling-paling pun orang kiri kanan pandang, tapi pandai-pandailah cover. 😂 Malam itu memang aku runsing. Resah entah apa-apa. Nak dicerita taktahu pada siapa. Jadi aku tak tunggu lama, aku sambungkan 'talian' dengan yang 24 jam sedia dengar keluhan kita;  Tuhan Maha Esa. Taktahu nak mula dari mana. Tapi aku gagahkan jua... "Ya Allah.......". Pecah. Allah. Lama aku tak panggil nama itu. Berderai. Malu bila keliru macam ini baru ingat Tuhan, tahu pula minta bantuan. Banyak kali aku minta ampun sebelum aku sambung cerita tentang harapan dan kebimbangan. Berulang kali  juga aku mengaku lupa diri, tapi "tidak lagi mulai hari ini", aku janji. Ya Allah, I think ...

Suamiku

Image
Suatu hari dulu, selesai solat fardhu yang pada masa itu jarang-jarang aku tunaikan, pernah aku duduk berbual dengan Allah tentang ciri-ciri suami idaman. Luar dalam dia aku sebutkan. Manalah tahu satu hari nanti Dia perkenankan.  "Ya Allah....aku nak suami yang... berilmu agama, tapi penampilannya biasa-biasa, tak perlulah yang berserban berjubah setiap masa. Rabun pun tak apa sebab aku suka yang berkaca mata. Yang boleh bermain alat muzik, atau pandai menyanyi, boleh saling tuju lagu selain mengaji. Yang lebih tinggi...tapi tak terlalu tinggi. Yang tidak terlalu kurus...tak juga terlalu berisi. Kulit tak cerah tak gelap, yang sedang-sedang. Kalau boleh, yang berambut ikal, rapi berjambang..." Ya, sebegitu detail aku minta...dan aku rasa Allah bagi semua. Malah, lebih daripada yang selayaknya aku terima. The list went on tentang keperibadian dan perwatakkannya. Sama macam yang korang nak juga. Yang baik dengan keluarga, yang hormat orang tua...

Part 5

Comment Raqib upload video baru! Aku tak ingat video apa, tapi dia nyanyi lagi. Lama aku pendam rasa kagum ni. Nak comment ke tak nak. Fikir kejap. I took some time untuk karang ayat. Benar-benar taknak nampak keterlaluan. Segan. Mula taip...padam. Taip lagi...dan padam lagi. Macam dalam drama tu, tapi sungguh ini betul-betul tak tipu.  "Salam. Saya sangat kagum dengan apa yang awak usahakan. Great voice.  Keep up what you're doing." Comment. Okay. Rasanya okay dah ni. Sopan. Tak over. Aku teruskan bersiar-siar di instagram seperti kebiasaannya. Like gambar-gambar kenalan. Tonton video-video 'make-up tutorial' berdurasi 60 saat, berselang seli dengan video life hacks. Tiba-tiba masuk notifikasi baru. @raqibmajid replied to your comment... "Terima kasih cikgu yang mengajar di belakang rumah saya." Wait, what? Raqib balas, itu satu hal. Tapi, Raqib duduk belakang sekolah? Aku pun tak berapa bijak. Rumah mana pula belakang sekolah...

Part 4

Kosong Empty. At one point of life, kita semua pernah rasa kosong. Orang tak nampak, tapi kita tahu. Tapi ada juga keadaan di mana kita sendiri tidak sedar yang kita sedang hidup dalam fasa kosong itu. Hanya terjaga bila kita mula rasa seakan 'mati'. Sejujurnya di Melaka aku belajar kenal siapa sebenarnya aku. Perlu buka topeng Tasha Manshahar  sebentar dan cuba dalami seorang Nur Nadia Natasha binti Mohd Manshahar yang dah lama terbiar. I started to question my existence in this dunya. Apa yang aku nak sebenarnya, berapa lama lagi masa yang aku ada, kenapa masih merasa tak cukup seolah-olah tak punya apa-apa sedangkan I had almost everything macam orang kaya. Career, money, fans, you name it, I had them all. But...something was missing. Something was not right and it really needed to be fixed. Clueless-ly, I wasn't sure what it really was.  Boleh Saya Ikut? "Kak Salina.....akak hantar anak mengaji harini?" tanyaku perlahan pada Ustazah Salina di bi...

Part 3

Adila Mengaji Ada satu program sekolah hari itu. Sekolah Arab, persembahan pembukaan majlis bukan tarian atau nyanyian, tapi bacaan Al-Quran oleh pelajar. "A'uzubillahiminassyaitonirrojim.....", Adila memulakan bacaan. Senyap seluruh dewan. Tenang. "Bismillahirrahmanirrohim.....", meremang. Lama sangat aku tak dengar bacaan ayat-ayat suci. Wallahi ketika tu aku jauh sangat dengan Quran. Teringat zaman belajar Taranum dekat kelas KKQ (Kelas Kemahiran Quran) masa sekolah menengah dulu. Lama sangat dah tak mengaji, apatah lagi mengaji berlagu macam Adila. Tak ingat bila kali terakhir baca Quran sebab dah lama sangat tinggal. Masa di IPG pun, setakat baca Yassin, Al-Mulk, itupun sebab memang ada dalam program. Quran bawa masa usrah je, itupun sebab memang kena bawa. Lama sangat tinggal Quran, lidah keras, bacaan tak lancar. Rasa malu dengan Adila yang baru berusia 12 tahun, tapi bacaannya menggetarkan jiwa-jiwa yang mendengar. Tak sedar airmata bergenang, ...

Part 2

Hari Lapor Diri " Ya Allah, tempatkanlah aku di sekolah yang menerima baik kehadiran aku". Wallahi Tuhan je tahu betapa risaunya aku nak masuk sekolah Arab dengan membawa title seorang penyanyi. Aku takut dipulaukan, ditarbiah 24 jam, diperli dan seumpamanya. To be honest, ketika tu ada rasa takut nak dekati golongan bijak pandai agama ni because I'm afraid to be judged. Sebab PERNAH kena. Dalam hati doa tak henti moga sekolah ini terima penyanyi.  Aku lapor diri di Melaka ditemani mummy dan ayah. Mummy hantar sampai depan pintu bilik mesyuarat jabatan beserta pesanan-pesanan comel. Ingat lagi mummy kata, "Rasa macam daftar anak sekolah darjah 1". Hahaha excited betul dia tapi dalam masa yang sama bimbang sebab kami tak pernah jauh. Alhamdulillah, di jabatan everything was fine. Kami diberi surat lapor diri untuk kami bawa ke sekolah masing-masing. Ini paling mendebarkan! Doa tadi kembali aku bacakan sepanjang perjalanan. Takut nak masuk sekolah. Sa...

Part 1

Suami Idaman Sekitar 3 - 4 tahun dulu, usai solat fardhu yang aku tak ingat solat yang mana satu, seperti gadis kebanyakkan yang lain, I made du'a to Allah.. "Ya Allah...aku nak suami yang....." Aku senaraikan satu per satu ciri-ciri suami yang aku idamkan dengan bersahaja tapi begitu bersungguh-sungguh. Lucu pulak bila ingat balik. Entah kenapa haritu tiba-tiba nak doa pasal jodoh. Tapi betul lah, Allah Maha Mendengar doa kita dan makbulkan bila tiba masanya. Aku teruskan rutin harian macam biasa; ke kuliah, penuhi jemputan-jemputan persembahan, bercuti bersama keluarga, berhibur dengan kawan-kawan, ulang rutin yang sama selama beberapa tahun. Sehinggakan aku terlupa tentang doa soal jodoh yang tadi. Seingat aku hanya sekali itu aku doa yang sebegitu terperinci.

Bismillahirrahmanirrahim

Hi. Assalamualaikum wbt. I'm Tasha. You might already know me, you might have forgotten, and you also might have just discovered this unique creature 😅 Whoever you are and whoever I am to you, hi :) Honestly, I'm not sure sejauh mana medium ni (read : blog) would help me to reach my followers better. I have no single idea about how to manage this site. I don't dare to call this as blog pun sebab I betul-betul taktahu apa I akan buat dengan ruang ni, siapa yang akan baca etc. But I hope that I can simply be my true-est self, and my nawaitu is one and only one; ...to share my experiences, ideas, and feelings thru my random humble writings  (whenever I have time and I hope I have more time to spread positivity and love Amin)