Suamiku

Suatu hari dulu, selesai solat fardhu yang pada masa itu jarang-jarang aku tunaikan, pernah aku duduk berbual dengan Allah tentang ciri-ciri suami idaman. Luar dalam dia aku sebutkan. Manalah tahu satu hari nanti Dia perkenankan. 


"Ya Allah....aku nak suami yang...
berilmu agama, tapi penampilannya biasa-biasa,
tak perlulah yang berserban berjubah setiap masa.
Rabun pun tak apa sebab aku suka yang berkaca mata.
Yang boleh bermain alat muzik, atau pandai menyanyi,
boleh saling tuju lagu selain mengaji.
Yang lebih tinggi...tapi tak terlalu tinggi.
Yang tidak terlalu kurus...tak juga terlalu berisi.
Kulit tak cerah tak gelap, yang sedang-sedang.
Kalau boleh, yang berambut ikal, rapi berjambang..."


Ya, sebegitu detail aku minta...dan aku rasa Allah bagi semua. Malah, lebih daripada yang selayaknya aku terima. The list went on tentang keperibadian dan perwatakkannya. Sama macam yang korang nak juga. Yang baik dengan keluarga, yang hormat orang tua, yang disenangi sesiapa sahaja. Aku doa dia seseorang yang berkemahiran untuk ajarkan aku agama, sebab zaman itu aku tak berapa akrab dengan Pencipta dan RasulNya. Yang boleh jadi pemimpin jadi ketua, sebab aku ini sejenis degil keras kepala. Tapi satu, aku tak pernah kisah soal kerjaya. Sebab itu aku letakkan ciri pertama; berilmu agama dan beramal dengan ilmunya. Suami kaya harta belum tentu murah hati tapi suami kaya iman takut pada Allah sekiranya tak ditunai hak isteri. Hak bukannya semata wang ringgit atau harta, perhatian dan pendidikan juga antara kewajipan dalam berumahtangga. Sebab kita bukan hanya nak bercinta dekat dunia, kita nak berpimpinan lagi dekat syurga sana. 

Waktu ini kami belum pun saling kenal. Bayang pun tak nampak, apatah lagi tahu nama.  Cuma aku minta pada Dia, yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa. Rasa tak layak meminta-minta tapi kan bahagia itu milik semua? Jadi minta sebab memang pada Dia lah tempat yang sebenarnya. Allah dah tahu apa terbuku dalam dada, cuma Dia nak dengar kita merintih berharap sungguh-sungguh pada Dia. Kalau memang itu yang terbaik untuk kita, keluarga dan agama, lambat atau cepat pasti jadi nyata. Percaya. 



Suamiku, dah hampir sebulan kita bernikah tapi  jujur, saya masih tak sangka, Fahrur Raqib bin Abdul Majid, awaklah orangnya. Sebelum ditiup roh kita dalam rahim umi dan mummy, Allah dah lebih awal padankan kita berdua. Melaka bukan negeri pilihan saya untuk bekerja, tapi Allah sentiasa ada rancangan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Allahuakbar, after all indeed Allah is the best planner.

Ikatan ini bukan sekadar halal, tapi amanah yang akan dipersoal.
Pasang surut, naik turun itu pasti ada. Semoga kita selalu sama-sama.




Comments

  1. Miracle yea.. May Allah bless your marriage. ��

    ReplyDelete
  2. Loveeeee... X puas rasa baca... Walaupun dh hbs.. Rse nak lg.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. Best baca. Smbg lg pls.. Sbb tasha ada post kt ig story jgn jd baik sbb utk nak dapat suami baik.. Sumting like that. I lupa. Tapi xsabar nak tau why u came out with that statement.. :)
    Selamat bercinta sampai syurga tashaxraqib

    ReplyDelete
  4. Intan Syafika10/02/2018 11:10 pm

    Allhu terharunya , indah aturan ALLAH . Moga kita semua bahagia bercinta hingga ke syurga bersama pasangan masing2 .

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah indahnya perancangan Allah ! ❤❤

    ReplyDelete
  6. Indah sungguh perancangan Allah ❤❤. Semoga bahagia hingga ke syurga tasha dan raqib.

    Sambung lagi tasha. Makin seronok nk baca dan tahu

    ReplyDelete
  7. Cantik sangat aturan Allah. Semoga kalian berbahagia selamanya ke syurga.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. I'm so happy for you.
    I've followed you since before your hijrah. And you know what, somehow your hijrah gave me inspiration to never give up to be a better person. Keep inspiring and posting your writing, Tasha. Thank you.

    ReplyDelete
  10. Nak menangis boleh? 😭
    Semoga berbahagia kak

    ReplyDelete
  11. Tasha pls continue your beautiful story! Cant wait.

    ReplyDelete
  12. Semoga bahagia sampai syurga kaktasha πŸ’• proud of you,

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah TabarakaAllah. pilihan Allah terbaik

    ReplyDelete
  14. saya nangiiiiiiiisssssss. best sangaaaat!! tahniah kak tasha! lots of love :)

    ReplyDelete
  15. Ya Allah ..mengalir airmata saya baca..semoga Allah memakbulkan segala doa dan impian saya..tasha..sy doakan awk berbahagia hingga ke jannah..amin2

    ReplyDelete
  16. tasha n raqib <3 ive been a fan to both of u :') seriously couldnt believe that ure both destined together. Alhamdulillah <3 Semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat kita semua. aamiinn <3 <3 <3

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah, mabruk both of you. may your marriage will always blessed by Allah s.w.t and lasts until jannah. I hope that may Allah answer all of my prayers to get married with the types of man I want to marry with, aameen ya Mujib.

    ReplyDelete
  18. MashaALLAH. Perancangan DIA lebih baik.. InshaAllah..untukku jua ❤

    ReplyDelete
  19. I just read everything and I'm crying... Hoping for the best for both of you..

    ReplyDelete
  20. May Allah bless you two kak tasha ! πŸ’•πŸ’•

    ReplyDelete
  21. I ship for the love through and from Allah SWT.

    May Allah bless your marriage till jannah. Indeed, He's the best planner.

    ReplyDelete
  22. You make me adore you. More and more πŸ’•

    Doakan saya dapat always baiki diri🌹

    ReplyDelete
  23. MasyaAllah sungguh indah perancang dari Nya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian atau Petunjuk

Part 5